Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

MEMBAWA haiwan peliharaan pulang ke kampung kini menjadi pilihan sebahagian pemilik, namun pengalaman tersebut bukan sekadar comel, malah penuh dengan cabaran yang memerlukan persediaan rapi.

Seorang penternak kambing, Syafiqah Aliaa berkata, dia sudah biasa membawa haiwan ternakannya melakukan perjalanan jauh, termasuk dari Shah Alam ke Kelantan yang mengambil masa kira-kira sembilan jam.

“Saya memang dah biasa bawa kambing jalan jauh sebab saya jual kambing dan biri-biri dari zaman belajar lagi. Sekarang pun dah ada kandang di Kota Bharu,” katanya kepada The Malaysia Press.

Menurutnya, dua ekor kambing peliharaannya, Blacky dan Batik, pernah dibawa bersama dalam kenderaan tanpa masalah besar.

“Cabaran dia buang air kecil saja, takut kena ‘seat’ kereta. Tapi tak kisah sebab saya ada pelapik plastik,” katanya.

Dia turut menasihatkan pemilik supaya tidak memberi makan atau minum kepada kambing sepanjang perjalanan, selain mengelakkan haiwan itu terkena pendingin hawa secara langsung.

“Jangan bagi makan dan minum sepanjang perjalanan. Jangan bagi kambing kena pendingin hawa secara langsung, nanti mereka selesema. Masa mula-mula naik kereta kena tenangkan dulu, kalau tak mereka tak duduk diam,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta dari Bandar Penawar, Johor, Nebila yang memilih untuk membawa kucing peliharaannya, Nelly, setiap kali pulang ke kampung.

Nebila berkata, kucing berusia dua tahun itu sudah dilatih sejak kecil untuk membiasakan diri menaiki kereta.

Katanya sepanjang perjalanan, dia menyediakan makanan ringan dan air sebagai langkah berjaga-jaga.

“Dalam kereta saya akan bawa makanan dan juga air dia. Setakat ini dia memang sopan, tak pernah kencing, berak atau muntah,” katanya.

Namun, dia mengakui kesesakan lalu lintas boleh menjadi cabaran utama, terutama bagi perjalanan yang mengambil masa panjang.

“Cabaran dia bila jalan jammed sebab kena sediakan ‘litter box’ dalam kereta. Kalau lama sangat, dia pun nak kencing juga macam kita,” jelasnya.

Tambahnya, situasi tersebut kadangkala menyebabkan bau kurang menyenangkan, namun boleh diatasi dengan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Nebila turut berkongsi tip penting kepada pemilik kucing agar tidak memberi makan satu hingga dua jam sebelum perjalanan serta mendapatkan nasihat veterinar bagi haiwan yang mengalami masalah mabuk perjalanan.

Secara keseluruhan, keputusan sama ada membawa haiwan peliharaan pulang ke kampung atau meninggalkannya di rumah bergantung kepada keselesaan haiwan serta kesediaan pemilik.

Walaupun ada yang memilih untuk ‘angkut’ si bulu demi memastikan haiwan sentiasa di sisi, ada juga yang berpendapat meninggalkannya di rumah dengan penjagaan rapi adalah pilihan lebih praktikal, terutama bagi perjalanan jauh.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri