Malaysia tuan rumah forum belia Asean di KK, bincang cabaran kesihatan mental

KOTA KINABALU – Malaysia menjadi tuan rumah forum belia ASEAN yang menghimpunkan 135 peserta dari seluruh negara anggota, kecuali Brunei, bagi membincangkan cabaran kesihatan mental generasi muda.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, usaha menangani isu kesihatan mental tidak boleh digalas oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan inklusif melibatkan komuniti, pakar perubatan, agensi agama dan belia sendiri.

“Kita perlukan semua pihak untuk masuk bersama untuk berbincang dan dalam hal ini kita perlukan ‘medical expert’, kita perlukan golongan belia sendiri dan kita perlukan badan-badan agama untuk bantu.

“Forum tersebut membuka ruang perkongsian maklumat rentas sempadan memandangkan latar budaya masyarakat ASEAN hampir serupa dan dengan itu, strategi serta data boleh dimanfaatkan bersama.

“Melalui forum ini, kita berharap kita boleh berkongsi idea-idea dan sumber rujukan yang penting dengan negara-negara ASEAN kerana saya lihat kehidupan di ASEAN ini hampir sama,” katanya ketika ditemui media selepas Program Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health di sini pada Ahad.

Forum anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kota Kinabalu itu memberi peluang kepada para peserta untuk berdialog secara langsung bersama pakar perubatan dan penggubal dasar.

Menurut Hannah, meskipun Parlimen Malaysia memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri sekali gus menyaksikan proses pindaan undang-undang bagi menyahjenayahkan cubaan bunuh diri pada pada tahun 2023 namun ia bukan langkah pertama untuk membantu golongan belia dan yang terkesan untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

Katanya, semua pihak masih dalam peringkat memberikan kesedaran kepada golongan belia dan IYRES mempunyai kajian yang berkait rapat dengan aktiviti rekreasi yang diperlukan oleh belia.

Jelas beliau, data IYRES yang dibentangkan dalam forum itu turut mendedahkan hubungan antara tahap kesejahteraan mental dengan akses kepada aktiviti rekreasi.

Hannah turut memberi contoh data yang diperolehi iaitu katanya, golongan Orang Asli mencatat skor paling rendah kerana kekurangan kemudahan untuk ‘de-stress’, manakala Bumiputera Sarawak mencatat tahap kesejahteraan tertinggi.

“Kesihatan mental mempunyai kaitan dengan identiti seseorang apabila ada keperluan untuk terus bercakap tentang identiti, kerana ini adalah topik yang besar.

“Ini adalah topik politik, tetapi ia berkaitan dengan masa depan anak muda,

“Jadi saya rasa semua penggubal dasar perlu mengambil data ini dengan serius,” ujar beliau.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar kesihatan mental tidak dijadikan bahan jenaka, sebaliknya diangkat sebagai isu serius yang memerlukan rawatan dan sokongan profesional.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak