Sabah Electricity, UPPM meterai MoU strategik, luaskan capaian elektrik

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri (UPPM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan ke seluruh pelusuk negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kerjasama itu dan menyifatkannya sebagai pelengkap kepada usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat Sabah mendapat bekalan elektrik.

“Usaha ini melengkapi inisiatif kerajaan negeri dalam memastikan rakyat di negeri ini terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat akses kepada bekalan elektrik.

“Di bawah MoU selama setahun ini, Sabah Electricity dan UPPM Sabah akan bekerjasama dalam meningkatkan sambungan bekalan elektrik khususnya di kawasan yang belum diliputi, membangunkan infrastruktur tenaga mampan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai perkhidmatan dan fungsi Sabah Electricity, termasuk penggunaan tenaga yang efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sabah Electricity dan UPPM Sabah di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.



Hajiji berkata, kerjasama itu selaras dengan peranan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing selain projek dibawah kerjasama itu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

MoU berkenaan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar bagi pihak Sabah Electricity, manakala UPPM Sabah diwakili Pengarahnya Datuk Awang Kadin Tang.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM