Beberapa penerbangan dari KLIA terjejas susulan ketegangan di Timur Tengah

BEBERAPA penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa dibatalkan susulan penutupan ruang udara oleh negara Teluk berikutan serangan Iran terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengesahkan insiden tersebut dan menjelaskan bahawa tindakan pantas perlu diambil oleh syarikat penerbangan bagi memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal terjamin.

“Memang ada beberapa penerbangan yang terjejas dan saya dimaklumkan satu penerbangan Batik Air ke Dubai terpaksa berpatah balik apabila tiba di kawasan Lautan Hindi disebabkan penutupan ruang udara.

“Syarikat penerbangan yang terlibat perlu melaksanakan langkah-langkah mitigasi seperti menyediakan tempat penginapan dan sebagainya kepada pelanggan, sementara menunggu ruang udara dibuka semula untuk penerbangan,” katanya pada sidang media penganjuran Pameran dan Persidangan Transport Expo Asia (TXA) 2025, di Sepang hari ini.

Menurut Loke, situasi tersebut bukan sahaja menjejaskan penerbangan dalam negara, malah turut memberi kesan kepada syarikat penerbangan antarabangsa.

Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) juga telah dikeluarkan bagi memaklumkan penutupan ruang udara terbabit.

“Pendirian kita adalah syarikat penerbangan perlu mengambil langkah berwaspada sekiranya terdapat sebarang risiko. Sekiranya ruang udara ditutup, memang tidak boleh lakukan penerbangan ke kawasan berkenaan dan perlu ambil tindakan berpatah balik atau batal penerbangan, ” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan seramai 61 jemaah umrah terkandas lebih empat jam di KLIA selepas penerbangan ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir akibat situasi ketegangan yang berlaku.

Kementerian Pengangkutan akan terus memantau perkembangan terkini dan menasihati semua syarikat penerbangan supaya mengutamakan keselamatan serta memberikan maklumat tepat dan segera kepada penumpang yang terjejas.

Related Posts

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

KUALA LUMPUR – Walaupun kesalahan seperti pemasangan aksesori pelindung cahaya matahari atau ‘sunshade’ boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, namun ia tidak menjadi keutamaan pihak berkuasa setakat ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya sukar dilaksanakan, berdepan cabaran undang-undang

KUALA LUMPUR – Tindakan saman fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya, Noor Azizah berhubung tuduhan yang dikatakan tidak benar terhadap Malaysia mungkin sukar dilaksanakan dari sudut perundangan, ulas peguam, Nur Zabetha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar