PTKL 2040 tonggak baharu perancangan pembangunan fizikal Kuala Lumpur

PELAN Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) yang dilancarkan secara rasmi hari ini akan menjadi permulaan kepada rombakan menyeluruh dalam perancangan pembangunan ibu negara bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan yang sebelum ini tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19 telah diperbaharui dengan pendekatan lebih inklusif dan berfokuskan pembangunan manusiawi sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI.

Menurut Anwar, pelan berkenaan turut mengetengahkan elemen pemikiran baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) serta keperluan rakyat semasa, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

“Kebiasaannya pembangunan bandar itu meletakkan pembangunan rakyat hanya satu kelompok, terasing dan semua kemudahan atau keselesaan itu tertumpu kepada kelompok tertentu.

“(Ia) tidak salah, tetapi harus lebih terangkum, barulah ada makna manusiawi mengikut falsafah MADANI.

“Saya percaya selepas peluncuran PTKL 2040 ini, bukan saja pegawai dan pimpinan politik, tapi golongan korporat serta pengusaha utama dalam membangunkan ia dengan mengambil kira pendekatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa antara fokus utama dalam PTKL 2040 ialah pengangkutan awam yang akan menjadi teras kepada pembangunan bandar raya Kuala Lumpur pada masa hadapan.

Beliau berkata, projek infrastruktur baharu di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT), iaitu Transit Aliran Massa (MRT) telah dikenal pasti bagi menyokong perubahan tersebut.

Katanya, inisiatif ini penting bagi memastikan pengangkutan awam benar-benar berperanan sebagai tulang belakang mobiliti di Kuala Lumpur, sekaligus menjamin keselesaan dan akses yang menyeluruh kepada penduduk.

“Menerusi PTKL, keutamaan di bandar raya bukanlah kenderaan persendirian, tetapi pengangkutan awam. Kita ambil keputusan memihak kepada majoriti dan sebab itu saya katakan beberapa projek baharu berkaitan pengangkutan awam telah dikenal pasti.

“Insiatif ini bagi bemastikan pengangkutan awam menjadi tulang belakang Kuala Lumpur yang mampu memberikan jaminan keselesaan,” ujarnya.

Untuk rekod, PTKL 2040 telah diwartakan pada 28 Mei dan berkuat kuasa mulai 11 Jun 2025. Ia dirangka bagi menyelaraskan dasar-dasar pembangunan yang digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040).

Antara aspek utama yang diberi tumpuan dalam pelan ini termasuk kawalan perancangan guna tanah, intensiti pembangunan, pengawalan aktiviti di setiap lot tanah, perancangan infrastruktur, pemeliharaan alam sekitar, serta penambahbaikan kualiti hidup penduduk bandar.

Related Posts

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas