Bung hanya mahu kerjasama dengan parti yang ikhlas, tidak menipu

KOTA KINABALU – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan dengan jelas bahawa sebarang bentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah hanya akan dipertimbangkan bersama parti yang benar-benar telus dan ikhlas.

“Saya sudah jelaskan berpuluh-puluh kali. Saya hanya akan mencari parti bekerjasama yang ada ketelusan dan keikhlasan, dan parti yang tidak menipu.

“Kalau parti suka menipu, macam mana mahu kerjasama. Jadi pendirian saya jelas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar MADANI Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai keikhlasan dalam kerjasama politik, Bung menyifatkannya sebagai kunci kepada kestabilan dan kepercayaan rakyat.

“Keikhlasan bermakna, kalau sudah kita setuju, kita tidak boleh ingkari.

“Kata mesti dikota, janji mesti ditepati. Begitu caranya. Rakyat tidak marah dengan kita,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sebarang kerjasama antara parti atau gabungan hanya dimuktamadkan selepas PRN Sabah.

“Mungkin pandangan saya lebih baik kita bergabung selepas pilihan raya.

“Jadi kita tahu berapa dia punya, berapa kita punya.

“Sebetulnya realiti adalah selepas pilihan raya, itu baru tahu siapa yang menang banyak.

“Jadi kalau sudah kita tahu siapa menang banyak, kita tahu siapa kawan kita,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau menolak kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Bung berkata, pendiriannya bukan bermaksud menolak sepenuhnya, namun bergantung kepada perubahan sikap parti berkenaan.

“Bukan tidak mahu. Kalau GRS berubah menjadi parti yang ada keikhlasan, barangkali saya pertimbangkan.

“Tapi kalau dia tidak berubah, itu mustahil,” ujarnya.

Mengulas mengenai pengagihan kerusi, Bung berkata UMNO akan bertanding di kawasan yang diyakini boleh dimenangi.

“Kita akan bertanding kerusi yang kita boleh menang. Tapi kalau saya menang 40, saya tanding 40. Tapi berapa jumlah sebenar itu, saya tidak boleh putuskan sekarang,” katanya.

Beliau turut berkata, tiada pertindihan kerusi dijangka berlaku antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), memandangkan hubungan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu berada dalam keadaan baik.

Related Posts

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

MIRI – Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Zon Sarawak yang berlangsung selama dua hari bermula 9 Mei lalu melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penuh meriah apabila berjaya menarik kehadiran lebih 30,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

PEKAN – Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Pulau Keladi di sini Sabtu lalu ditemukan lemas. Mayat mangsa berusia 51 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan