Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

KUCHING – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa kerajaan agar memberikan perhatian serius terhadap isu pemilikan rumah serta masalah sosial seperti judi dalam talian yang semakin membimbangkan dalam kalangan anak muda.

Ketua Penerangan Pemuda PBB, Royston Valentine berkata, isu kenaikan harga rumah serta tindakan pemaju tidak bertanggungjawab yang gagal menyiapkan projek perumahan memerlukan intervensi segera menerusi penyediaan lebih banyak skim perumahan kos rendah.

“Kita mahu memastikan anak muda di Sarawak mempunyai peluang yang lebih saksama untuk memiliki kediaman sendiri tanpa dibebani isu projek terbengkalai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Sesi 2025-2028 yang turut dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PBB, Datuk Martin Ben di Ibu Pejabat PBB, di sini pada Ahad.

Selain isu kebajikan, Roy turut menekankan potensi sektor pertanian dan industri minyak dan gas (O&G) sebagai lubuk rezeki buat golongan belia.

Royston menjelaskan, penglibatan pemuda dalam sektor tersebut adalah kunci kepada masa depan Sarawak yang lebih makmur, selain menekankan pembangunan sistem Kecerdasan Buatan (AI) bagi memperkasa peranan digital mereka.

“Penggunaan AI ini bertujuan agar penyampaian maklumat kepada masyarakat melalui media sosial lebih berkesan, berinformasi dan memberi manfaat secara menyeluruh,” tambahnya.

Menyentuh mengenai gerak kerja parti, beliau juga memaklumkan bahawa fokus kini tertumpu kepada pelaksanaan program di empat zon utama iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Kuching dan Zon Betong.

Langkah ini merupakan persiapan awal menjelang Konvensyen PBB yang dijadualkan berlangsung bermula Julai hingga September 2026.

Tegasnya, Pemuda PBB kekal komited dalam menjaga kestabilan politik di bawah kepimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi memastikan agenda pembangunan wilayah itu tidak terganggu.

“Pemuda hari ini adalah pencorak masa depan Sarawak. Dengan kesatuan dan idea baharu, kita mampu membawa wilayah ini terus progresif,” katanya lagi.

Related Posts

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

MIRI – Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Zon Sarawak yang berlangsung selama dua hari bermula 9 Mei lalu melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penuh meriah apabila berjaya menarik kehadiran lebih 30,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

PEKAN – Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Pulau Keladi di sini Sabtu lalu ditemukan lemas. Mayat mangsa berusia 51 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan