Kolaborasi Kek & Langit, Kuantan 188 demi ‘Cake Picnic 2025’

KUANTAN – Selepas berjaya ‘menghidupkan’ komuniti penggemar kopi, satu lagi gaya ‘healing’ penuh santai mula mendapat perhatian ramai di sekitar bandar raya ini.

Dijenamakan sebagai ‘cake picnic’, usaha mempromosikan gaya hidup itu dilakukan menerusi kolaborasi antara Kuantan 188 dan syarikat Kek & Langit..

Bagi program utama ‘Cake Picnic 2025’ yang dijadualkan pada Ogos ini, kira-kira 700 kek pelbagai jenis dihasilkan 700 peserta akan ditawarkan kepada pengunjung.

Ketua Pembangunan Perniagaaan (Pemasaran dan Jualan) Kuantan 188, Abdul Jamil Mohamed berkata, acara julung kali itu akan diadakan di pekarangan menara ikonik Pantai Timur itu, bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Program ini akan mencatatkan sejarah tersendiri bagi komuniti atau penggemar kek di sekitar Kuantan dan kawasan berhampiran.

“Kita amat bertuah kerana hasrat untuk menjayakan program ‘Cake Picnic’ dapat direalisasikan menerusi kerjasama syarikat Kek & Langit yang sangat komited dalam usaha mengumpul semua pembuat dan penggemar kek, bukan sahaja di Pahang, tapi dari seluruh negara,” katanya.

Abdul Jamil memaklumkan, pra pelancaran ‘Cake Picnic 2025’ diadakan pada awal bulan ini oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Katanya, kerajaan negeri juga memberi sokongan penuh kepada usahawan di Pahang yang tampil dengan idea segar untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka.

“Kita harap program ini mendapat sambutan luar biasa daripada komuniti peminat kek dan pastri… seterusnya mencipta satu lagi rekod untuk Kuantan 188,” katanya.

Related Posts

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

MIRI – Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Zon Sarawak yang berlangsung selama dua hari bermula 9 Mei lalu melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penuh meriah apabila berjaya menarik kehadiran lebih 30,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

PEKAN – Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Pulau Keladi di sini Sabtu lalu ditemukan lemas. Mayat mangsa berusia 51 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan