Polis Marin Sabah tumpaskan cubaan simpan diesel tanpa permit, 5 individu ditahan

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan dan pemindahan minyak diesel tanpa permit dalam serbuan di Jalan Nountun, Inanam pada Ahad.

Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang itu hasil maklumat risikan, membawa kepada penahanan lima lelaki yang berusia antara 29 hingga 67 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan bahan kawalan tanpa dokumen atau permit yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim, pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah lori tanker berwarna hijau dan putih sedang mengisi minyak dari skid tank ke dalam tangki lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen kebenaran atau permit yang sah bagi pemilikan dan pemindahan bahan kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM503,245.

“Antara rampasan yang dilakukan dalam serbuan tersebut termasuk sebuah lori tanker 20 tan jenama Nissan berwarna hijau dan putih, sebuah lori kotak dua tan jenama Toyota warna putih, sebuah van jenama Toyota Hiace berwarna putih,  sebuah Toyota Hilux ‘single cab’ warna putih.

“Sebuah kereta Dmax ‘double cab’ warna kelabu, sebuah tangki skid tank warna silver tangki berkapasiti 20,000 liter dan 13,500 liter minyak diesel,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tanpa permit yang sah.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP