PKR Sabah tegas tolak rasuah, kesal insiden bakar karikatur Perdana Menteri

KOTA KINABALU – PKR Sabah menegaskan pendirian menolak dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk rasuah yang disifatkan sebagai punca kemunduran pentadbiran, ketirisan pembangunan dan penderitaan rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, parti itu menghormati perjuangan anak muda yang lantang bersuara dalam isu-isu seperti krisis bekalan air, kelemahan pengurusan sumber negeri dan ketirisan projek awam.

“PKR Sabah percaya bahawa kebebasan bersuara adalah asas kepada sebuah demokrasi yang matang dan sihat.

“Mahasiswa, anak muda dan masyarakat sivil yang membangkitkan isu-isu seperti krisis bekalan air, kelemahan pengurusan sumber negeri dan ketirisan dalam projek awam, wajar diberi ruang untuk menyatakan pendirian mereka,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan tindakan segelintir peserta demonstrasi yang bertindak membakar karikatur wajah Perdana Menteri dalam himpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, insiden itu adalah pertama kali berlaku dalam sejarah perjuangan anak muda di Sabah dan mencemarkan imej kematangan politik yang selama ini dihormati dan disegani.

“Dalam memperjuangkan hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman, PKR Sabah menegaskan bahawa prinsip keselamatan dan kedaulatan undang-undang perlu dihormati.

“Sebarang bentuk perhimpunan mestilah dijalankan secara tertib, tanpa provokasi melampau yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta perlu berteraskan budaya asal Sabah yang menjunjung keharmonian dan kedamaian,” katanya.

Beliau turut berkata sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang sepanjang berlangsungnya perhimpunan tersebut wajar disiasat oleh pihak berkuasa dan tindakan perlu diambil mengikut lunas perundangan.

Jelas beliau, PKR Sabah tetap berpegang pada prinsip bahawa kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Hak ini mesti dipelihara agar rakyat, terutamanya generasi muda, tidak gentar untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap dasar dan pelaksanaan kerajaan,” ujarnya.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan