Konsep MADANI bukan baru bermula, ia berakar dari sebelum merdeka – Ismail

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop menyifatkan bahawa konsep Malaysia MADANI yang menjadi teras pentadbiran kerajaan hari ini bukan sesuatu yang muncul secara tiba-tiba, sebaliknya merupakan kesinambungan daripada sejarah panjang pembinaan negara bangsa yang telah bermula sejak sebelum kemerdekaan.

“Sebab dalam sebagai sebuah negara Malaysia yang ada ini bukan lagi sekali terbentuk secara kebetulan terbentuk maknanya atau untuk menunjukkan tak sengaja wujudnya negara ini, ia punya sejarah kenegaraannya. Kita bukan bermula dengan kosong, kita bukan bermula dengan PMX dan Kerajaan MADANI.

“Kita ada sejarah kenegaraan, bagaimana kita bermula dan itu bagi saya faktor yang sangat penting kerana itu asas-asas yang tidak boleh kita tinggalkan.

“Ada yang lain-lain lah tapi itu adalah asas utama bagi khususnya generasi hari ini Kalau nak memahami 67 tahun bagaimana kita bertahan? Bagaimana kita melalui episod-episod zaman Bermula 1957 mereka hinggalah hari ini,” katanya dalam program podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurut beliau, dalam tempoh 67 tahun sejak kemerdekaan pada tahun 1957, negara telah melalui pelbagai episod penting, cabaran politik dan sosial, serta pembelajaran kolektif yang membentuk watak negara hari ini.

“Selama 67 tahun kita bertahan. Ada banyak proses pembelajaran, ada banyak ‘learning curve’ yang kita lalui. Dan proses ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan berwaspada apabila melihat masa hadapan,” katanya.

Ismail turut menekankan bahawa untuk terus mara ke hadapan, rakyat perlu mengiktiraf sumbangan dan usaha kepimpinan masa lalu, meskipun perjalanan itu tidak sempurna.

“Kita kena akui bahawa sepanjang perjalanan itu tidak semuanya sempurna. Tetapi daripada pengalaman itu jugalah lahirnya kebijakan dan kematangan yang boleh memandu kita hari ini,” jelasnya.

Tambah beliau, konsep MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan kini bukan bersifat terasing, tetapi merupakan kesinambungan daripada nilai dan prinsip yang telah diasaskan sejak awal pembinaan negara.

“Apa yang kita sebut sebagai MADANI hari ini, sebenarnya adalah kesinambungan daripada asas-asas yang telah dibina sejak dahulu. Ia bukan sesuatu yang baru, tetapi digilap semula dalam wajah dan keperluan semasa,” katanya lagi.

Ismail juga menyeru agar rakyat menghargai sejarah negara, memahami peranan setiap generasi dalam pembangunan negara, dan bersedia untuk memikul tanggungjawab bersama dalam membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera dan inklusif.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan