
TAWAU – Program Santuni MADANI menjadi platform menyampaikan maklumat yang tepat, sahih dan berpaksikan fakta kepada komuniti setempat.
Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Suwadi Guliling berkata, program itu bukan sekadar medium penyampaian maklumat, tetapi menjadi pemangkin kepada pengukuhan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
“Penganjuran program seperti ini juga amat penting sebagai platform penyelarasan pelaksanaan agenda pembangunan di peringkat akar umbi.
“Semangat kebersamaan yang ditunjukkan menjadi asas penting kepada kejayaan pelaksanaan program tersebut,” katanya semasa berucap pada Program Santuni MADANI di Masjid Baburrahman, Kampung Sri Bombalai Laut di sini, pada Jumaat.

Suwadi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin masyarakat serta penduduk atas kerjasama erat serta sokongan padu atas program berteraskan pendekatan mesra rakyat yang selaras dengan agenda Malaysia MADANI terbabit.






