Mohd Khalid Ismail dilantik Ketua Polis Negara

PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail kini menerajui barisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Ketua Polis Negara ke-15, bermula hari ini.

Pelantikan Mohd Khalid secara kontrak adalah bagi tempoh dua tahun mulai 23 Jun ini hingga 22 Jun 2027.

Beliau menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bakal menamatkan kontraknya, Ahad ini.

Pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Majis Serah Terima Tugas dan pemakaian lencana jawatan nombor satu dalam PDRM itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman.

Majis Serah Terima Tugas dimulakan dengan upacara penyerahan watikah pelantikan dan pemakaian pangkat Ketua Polis Negara kepada Mohd. Khalil yang disempurnakan Saifuddin Nasution.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Razarudin dan Mohd. Khalid serta penyerahan tongkat kuasa disaksikan Saifuddin Nasution.

Turut diadakan, upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) antara Puan Sri Zainah Othman dengan Datin Seri Munirah Che Rose, disaksikan isteri Saifuddin Nasution, Datin Seri Norhayati Musa.

Dalam pada itu, Saifuddin dalam kenyataan medianya memaklumkan, pelantikan Mohd Khalid itu berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang kepolisan, mempunyai kompetensi dan daya kepimpinan yang tinggi bagi meneruskan kesinambungan dan tanggungjawab menerajui pasukan PDRM.

“Beliau merupakan pegawai yang sangat berpengalaman dalam bidang risikan dan keselamatan sejak mula berkhidmat dalam pasukan PDRM pada 5 April 1987 apabila ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, iaitu setelah tamat Latihan Kepolisan Am pada tahun yang sama.

“Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kontinjen dan luar negara.

“Beliau juga pernah menjawat jawatan key-post sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Security Liaison Officer (SLO) London, United Kingdom,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Razarudin atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Polis Negara sejak 23 Jun 2023.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Sikap parti pembangkang Pas yang lebih berminat mencari ruang untuk membantah tindakan kerajaan berkenaan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan tidak wajar. Ketua Angkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji