Tiada lagi kelibat Sri Pahang FC dalam saingan Liga M

SRI Pahang FC sah tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, walaupun diberikan Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB).

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan berkata, Sri Pahang menghantar surat pengesahan bertarikh 16 Jun lalu bagi memaklumkan keputusan menarik diri daripada menyertai sebarang pertandingan musim ini.

MFL memaklumkan keputusan Sri Pahang menarik diri menyaksikan saingan Liga Malaysia – yang akan bermula pada 8 Ogos ini – hanya disertai 13 kelab.

“Antara kelab yang bakal berentap merebut kejuaraan musim ini termasuklah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Kelantan Darul Naim FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC dan DPMM FC dari Brunei, selain dua wakil AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC.

“Kesemua 13 kelab ini diberikan Lesen Kebangsaan 2025–2026 oleh FIB, manakala DPMM FC pula menerima kelulusan khas daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk kembali menyertai Liga Malaysia musim ini,” menurut kenyataan itu.

Liga Malaysia musim ini akan membuka tirai dengan aksi Sumbangsih antara JDT selaku juara Liga Super musim lalu menentang naib juara, Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 Ogos 2025.

Kejohanan Piala FA dijadualkan bermula pada pertengahan Ogos, manakala Piala Malaysia dan Piala Cabaran akan berlangsung bermula Januari 2026.

MFL turut memaklumkan bahawa kalendar Liga Malaysia musim ini akan berjalan selama 10 bulan, selepas penyesuaian musim lalu yang berlangsung selama 14 bulan bagi menyelaraskan jadual dengan liga antarabangsa.

Related Posts

Gordon sah sertai Barcelona

BARCELONA mengesahkan ketibaan pemain sayap England, Anthony Gordon dari Newcastle United dengan nilai perpindahan mencecah 80 juta euro (RM370 juta). Kelab gergasi Sepanyol itu memaklumkan Gordon menandatangani kontrak selama lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United bayar Amorim pampasan RM88.84 juta

MANCHESTER United menanggung kos sebanyak £16.7 juta (RM88.84 juta) untuk memecat bekas pengurus, Ruben Amorim bersama barisan kejurulatihannya. Laporan kewangan suku ketiga kelab itu turut mengesahkan kerugian £5.2 juta (RM27.66…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar