SMK Rompin Permai terima ‘suntikan’ RM5,000

KUANTAN – Kesungguhan dan dedikasi barisan pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin Permai, dekat Rompin, mendapat perhatian ADUN Lantikan Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Beliau yang meluangkan masa melawat sekolah itu mengambil inisiatif dengan meluluskan peruntukan RM5,000 untuk tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

“Sokongan kepada institusi pendidikan luar bandar sangat penting, walaupun ada guru dan kelengkapan yang baik dan mencukupi, saya tetap berpandangan ‘kerja lebih’ sangat perlu.

“Saya dapati daripada pengetua, guru-guru di SMK Rompin Permai ini banyak menonjolkan kejayaan pelbagai peringkat. Kesungguhan luar biasa.

“Mereka membuktikan bahawa mereka bukan guru jenis yang ‘pandai cakap je atau sembang lebat’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mohd Fadzli turut memaklumkan beliau meluluskan sedikit suntikan untuk PIBG sekolah berkenaan.

“Sebanyak RM5,000.00 (diluluskan) sebagai kit permulaan bagi usaha berterusan SMK Rompin Permai ini.

“Keep it up cikgu cikgu! Jalan terus!,” tambahnya.

Related Posts

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

MUKAH – Kehadiran ribuan pengunjung membanjiri Tapak Kaul Mukah pada Ahad membuktikan penganjuran Showcase Cats30 x Pesta Kaul Mukah berjaya mencapai matlamatnya dalam menyemarakkan lagi sambutan Kaul Mukah 2026. Konsert…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) melancarkan Native Court Management System (NCMS) bagi memperkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri (MAN) di negeri Sabah.  Menteri Kerajaan Tempatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua