16 rakyat Malaysia, Singapura sedia dibawa keluar dari Iran

KUALA LUMPUR – Seramai 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura sudah bersedia untuk dipindahkan dari Iran menerusi operasi membawa pulang mereka dari negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua mereka itu terdiri daripada 12 rakyat Malaysia serta seorang pemastautin tetap (PR) Malaysia, dua pasangan warga Iran dan seorang warga Singapura.

“Baki yang masih tinggal adalah 15 orang termasuk tiga HBS (home based staff), lima orang pelajar, tiga orang menetap (sekeluarga) dan seorang PR Malaysia.

“Tiga orang pelancong yang baru dimaklumkan membuat keputusan untuk terus kekal di Iran,” katanya, pada Khamis.

Selasa lalu, Wisma Putra menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran meninggalkan negara berkenaan serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.

Wisma Putra menegaskan, situasi semasa di Tehran adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, dalam sidang media semalam juga memaklumkan, rakyat Malaysia yang berada di Iran dijangka dipindahkan keluar dengan bantuan kerajaan seawal Jumaat ini.

Beliau berkata, Mohamad sudah memaklumkan jumlah rakyat Malaysia sama ada pelancong, pelajar atau yang bekerja di sana tidak terlalu ramai.

Ketegangan terus memuncak di Tehran dan Tel Aviv di Israel selepas kedua-dua pihak saling berbalas serangan yang kini sudah memasuki hari ke tujuh.

Keadaan negara tersebut semakin meruncing dengan situasi semasa dilihat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Jumaat lalu, Israel dilaporkan berkata, serangan ke atas Iran dilancarkan susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran membangunkan keupayaan senjata nuklear sejak kebelakangan ini.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor