UNIMAS catat lonjakan cemerlang dalam THE Impact Rankings 2025

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus mengukuhkan reputasinya di peringkat antarabangsa apabila melonjak ke kelompok 101–200 terbaik dunia dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.

Pencapaian ini menandakan peningkatan ketara berbanding kedudukan 401–600 pada 2023 dan 301–400 pada 2024, sekali gus mencerminkan kesungguhan UNIMAS dalam menjajarkan strategi institusinya dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kenyataan UNIMAS, kejayaan tersebut didorong oleh pendekatan berasaskan bukti, pemantauan sistematik serta penekanan terhadap impak lestari dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan khidmat komuniti.

“Lonjakan ini bukan sahaja menggambarkan daya saing UNIMAS pada peringkat global, malah mencerminkan komitmen kami terhadap pembangunan lestari dan keterlibatan bermakna dengan masyarakat,” jelas kenyataan dalam pada Khamis.

Antara pencapaian utama UNIMAS dalam THE Impact Rankings 2025 ialah kedudukan ke-16 dunia bagi SDG 17: Partnership for the Goals, yang mengiktiraf kekuatan universiti dalam membina jaringan kerjasama strategik merentas sektor dan sempadan negara. 

UNIMAS turut mencatat tempat ke-36 dunia bagi SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, sekali gus memperlihatkan komitmen institusi terhadap tadbir urus yang berintegriti dan telus. Bagi SDG 7: Affordable and Clean Energy, UNIMAS berada di kedudukan ke-81 dunia hasil peranan aktif dalam penyelidikan berkaitan tenaga bersih. 

Sementara itu, universiti tersebut juga menduduki tempat ke-94 bagi SDG 2: Zero Hunger, menekankan usaha berterusan dalam memastikan keselamatan makanan melalui program komuniti dan penyelidikan mampan.

Selain itu, UNIMAS turut mengekalkan prestasi cemerlang dalam SDG 13 (Tindakan Iklim), SDG 14 (Kehidupan di Bawah Air), dan SDG 15 (Kehidupan di Darat), yang masing-masing berada dalam kelompok 101–200 dunia.

Kejayaan berterusan ini membuktikan hala tuju strategik UNIMAS dalam memperkukuh impak global melalui pendekatan bersepadu, kepemimpinan berwawasan dan pemacuan nilai-nilai lestari di peringkat institusi.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16