Dekati Gen Z, UMNO Tawau bawa politik mesra anak muda

TAWAU – UMNO Bahagian Tawau menerusi pergerakan sayap Pemuda dan Puteri mempergiat usaha menyantuni Gen Z khususnya ’first voter’ dengan pendekatan politik mesra atau lebih santai.

Ketua Pemudanya, Rusmizan Rustam berkata, pendekatan ini disampaikan dalam bentuk lebih menarik seperti melakukan aktiviti ‘healing’ dan ‘BBQ’ selari dengan kehidupan serta harapan generasi muda hari ini.

“Program begini menjadikan anak muda lebih berasa dihargai dan berani menyuarakan apa harapan dan pandangan mereka.

“Ini kerana kita di UMNO lebih terbuka dan saling menerima pendapat yang akhirnya mereka percaya ada pemimpin mendengar suara mereka dan melakukan sesuatu kelak,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press pada Program Santai Gen Z di Victoria Bay, Tinagat, di sini, pada Ahad.

Tambah Rusmizan, pendekatan UMNO kini lebih bersifat prihatin bagi mengurangkan politik toksik atau konfrontasi.

“Anak muda berasa hubungan yang dibina dengan parti politik akan berlangsung panjang atau berkekalan berbanding melaksana program bersifat tradisional seperti ceramah terutama menjalang pilihan raya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Tawau, Noratika Awang menyatakan keyakinan bahawa politik mesra sebahagian daripada transformasi budaya politik yang inklusif dan berjiwa rakyat.

“Melalui program sebegini, kita menyampaikan mesej parti dengan cara yang lebih baharu, terbuka dan bersesuaian dengan gaya hidup serta pemikiran belia muda,” katanya.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis