Warga emas jadi mangsa curi kenderaan di Penampang, polis buru suspek

PENAMPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang giat menjalankan siasatan berhubung satu kes kecurian kenderaan jenis pacuan empat roda yang melibatkan seorang warga emas berumur 64 tahun.

Mengulas lanjut, kejadian tersebut melibatkan seorang suspek lelaki yang melanggar kenderaan mangsa ketika melalui jalan sebuah kampung, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan polis pada Khamis, berhubung kes curi kenderaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jelasnya, kes masih lagi di dalam siasatan pihak polis dan dalam usaha untuk menjejaki suspek. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dari tujuh (7) tahun dan denda,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta segera untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Anis Abdullah di talian 013-6365734.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak sebarkan maklumat palsu di mana-mana platform media sosial yang boleh ganggu siasatan dan mencetus kegusaran orang ramai.

Related Posts

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco