PKR Sabah sokong penuh usaha berterusan SPRM banteras rasuah

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyokong penuh usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras rasuah tanpa mengira kedudukan, pangkat mahupun pengaruh politik. 

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, PKR menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang akan mendakwa dua individu berhubung kes rasuah pelesenan lombong mineral di Sabah.

“Isu pelesenan lombong mineral telah lama menjadi perhatian rakyat Sabah kerana ia melibatkan sumber asli yang bernilai tinggi serta kepentingan awam dalam pengurusan kekayaan negeri.

“Rasuah adalah musuh pembangunan dan jika dibiarkan terus berakar, ia akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan sumber negeri,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Mustapha turut menggesa SPRM agar meneliti aduan-aduan berkaitan salah guna kuasa dalam pengurusan sumber air yang semakin kritikal di negeri ini.

Katanya lagi, PKR Sabah berpegang teguh kepada prinsip bahawa ketelusan, integriti dan akauntabiliti mesti menjadi asas dalam setiap keputusan yang melibatkan sumber kekayaan negeri.

“Kami percaya bahawa langkah pendakwaan oleh SPRM ini menghantar mesej penting bahawa budaya salah guna kuasa tidak boleh lagi diberi ruang. 

“Sudah tiba masanya Sabah memperkukuh standard tadbir urus yang lebih tinggi dan berwibawa,” tegas beliau.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan