Puteri UMNO Tawau diingat tidak terperangkap dengan fitnah lawan

TAWAU – Pergerakan sayap Puteri UMNO Tawau diingatkan agar tidak terbuai dengan fitnah dan tohmahan pihak lawan sehingga menanam kesangsian sesama sendiri.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tawau, Noratika Awang berkata, terdapat pihak yang mendakwa UMNO sebuah parti boneka dan tidak relevan.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan sebegitu datang daripada mereka yang tidak berpegang pada prinsip taat setia kepada perjuangan parti.

“Teguhkan pendirian agar tidak goyang dan gentar meskipun banyak hasutan, tomahan, fitnah yang sedang cuba melumpuhkan parti kita kerana keteguhan pendirian itu adalah lambang politik berwibawa.

“Janganlah membalas kebencian dengan kebencian, tetapi dengan khidmat, nilai dan integriti.

“Fitnah itu api, tapi kita mestilah menjadi air, sejuk, sabar dan menyelamatkan keadaan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Tawau 2025, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Noratika berharap agar calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung dalam Pilihan Raya ke-17 Sabah akan datang adalah daripada parti UMNO/Barisan Nasional (BN).

“PRN bukan hanya pilIhan raya biasa, tetapi medan ujian kekuatan akar umbi dan kepimpinan.

“Inilah masanya dan peluang kita untuk membuktikan UMNO masih relevan, kuat dan di percayai rakyat.

“Kita jatuh dalam PRU-14, bangkit dengan megah sekali lagi dengan beberapa buah kerusi kemenangan parti BN melalui PRK di beberapa buah negeri.

“Itu adalah satu bukti yang cukup bahawa parti ini tak lekang dek panas dan tak usang dek hujan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Puteri UMNO Tawau turut menyatakan sokongan penuh terhadap usul Pergerakan Puteri UMNO Malaysia untuk meningkatkan had umur keahlian daripada 35 kepada 40 tahun.

Usul ini dianggap sebagai langkah strategik bagi memperkukuh kesinambungan kepimpinan dan memperluas peranan dan suara wanita muda dalam parti.

Related Posts

Politik bukan sekadar mimpi menang besar, tetapi bertanggungjawab terhadap rakyat

KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pas mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya akan datang telah menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelombang kemenangan kini bukan milik PN – Mahdzir

KUALA NERANG – Gelombang kemenangan yang pernah memihak kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah tidak lagi berada pada tahap sama seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi UMNO Kedah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman