KPT suntik dana RM450,000 untuk program tahunan di 9 Kolej Komuniti Sabah

TAWAU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntukkan sebanyak RM450,000 kepada sembilan Kolej Komuniti di Sabah bagi mewujudkan aktiviti mengikut keperluan setiap Kolej Komuniti terbabit sepanjang tahun ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

“Setiap Kolej Komuniti akan menerima RM50 ribu dan akan diselia bersama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPeNKK). 

“Inilah peranan Pengerusi JPeNKK kerana kamu lebih tahu dan maklum akan keperluan dikawasan berkenaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JPeNKK di Royale Borneo Hotel, di sini, pada Jumaat. 

Jelas Zambry, peluang untuk mendapatkan pendidikan merupakan komitmen Kerjaaan bagi memastikan rakyat negara ini diberi keutamaan dan akses pada pendidikan. 

Oleh itu, beliau menyeru agar stigma memasuki Kolej Komuniti, Kolej Vokasional ataupun Politeknik sebagai ‘kelas kedua’ tidak wajar dibangkitkan. 

“Kita guna pendekatan baharu mereka yang berkelulusan bidang kemahiran ini sama peluang dengan mereka yang belajar di Universiti. 

“Malah, peluang kerjaya graduan Kolej Komuniti dan Politeknik ini tinggi,” ujarnya.

Terdahulu, penyerahan warikah pelantikan Pengerusi JPeNNKK baharu diberikan kepada Murnih Mohd Tahir (Kolej Komuniti Tawau), Mohamad Nizar Rusman (Kolej Komuniti Lahad Datu), Shaninah Sani (Kolej Komuniti Sandakan), Juriffah Safflie (Kolej Komuniti Beaufort) dan Nik Mohd Nazri Nik Zawawi (Kolej Komuniti Tambunan). 

Turut dilantik, Woritus Paulus (Kolej Komuniti Penampang), Sagolah Chupoi (Kolej Komuniti Kota Marudu), Roslan Jalaludin (Kolej Komuniti Semporna) dan Redzuan Ismail (Kolej Komuniti Papar).

Kesemua Pengerusi baharu terbabit dilantik bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Julai ini hingga 30 Jun 2027.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

SEBELUM ini bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi sasaran tuduhan kononnya kerajaan Pakatan Harapan mahu menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH) dan menggadaikan kepentingan umat Islam. Namun beberapa tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung