Pinjaman PTPTN pelajar UPSI mangsa kemalangan bas dilupus – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas baru-baru ini telah dilupuskan sepenuhnya.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa pelupusan tersebut dilaksanakan selaras dengan dasar semasa yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan PTPTN.

Menurut beliau, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengesahkan bahawa semua bayar balik pinjaman PTPTN yang ditanggung oleh pelajar terlibat telah dihapuskan.

“PTPTN telah melupuskan dan memaafkan keseluruhan pinjaman yang dibuat oleh 15 orang pelajar UPSI yang terlibat.

“Jadi tidak ada sebarang isu berkaitan pinjaman bayaran balik dengan 15 mangsa yang dimaksudkan,” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media mingguan dan pengumuman logo serta tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, hari ini.

Terdahulu, pada Isnin lalu, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam satu kemalangan tragis apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus di Tanjung Malim, Perak terbalik dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), dekat Gerik, Perak.

Insiden itu turut mengakibatkan 33 mangsa lain cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang MPV terbabit.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu