89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 44 32 115 101 109 97 115 97 32 109 97 106 108 105 115 32 112 101 108 117 110 99 117 114 97 110 32 67 101 110 116 114 101 32 111 102 32 69 120 99 101 108 108 101 110 99 101 32 102 111 114 32 82 101 115 101 97 114 99 104 32 97 110 100 32 73 110 110 111 118 97 116 105 111 110 32 105 110 32 73 115 108 97 109 105 99 32 69 99 111 110 111 109 105 99 115 32 40
PUTRAJAYA – Proses melaksanakan agenda reformasi memerlukan masa dan sokongan penuh daripada semua rakan dalam Kerajaan Perpaduan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menjelaskan, beliau sedang berusaha dengan gigih untuk menjayakan agenda reformasi seperti diperjuangkan selama ini.
“Agenda (reformasi) itu mengambil masa dan memerlukan sokongan daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), namun kita tidak mempunyai majoriti mudah di Parlimen.
“Ada yang tidak sabar. Anda boleh bergerak pantas dan dijatuhkan esok, jadi ia perlu dilakukan dengan bijak.
“Hikmah sangat bermakna, bukan sahaja dalam cara anda bercakap, tetapi juga bagaimana anda bertindak.
“Adakah anda mempunyai sumber? Adakah anda mempunyai sokongan diperlukan? Adakah anda mampu meyakinkan elit pemerintah dan elit profesional bahawa ini adalah misi yang mesti disokong oleh semua?
“Dan, apakah peringkatnya? Di mana anda bermula? Bolehkah anda melakukan pembaharuan besar-besaran ini dalam setahun, atau dua tahun, atau tiga tahun?
“Saya tidak tahu. Saya tidak mempunyai semua jawapan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-Rise) di Kuala Lumpur hari ini.
Ucapan beliau disiarkan secara dalam talian.
Anwar bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berpatah balik daripada memperjuangkan agenda reformasi.
“Apa yang saya pasti setiap bulan dan setiap tahun, mesti ada perkembangan,” tambahnya lagi.
Beliau menasihatkan pihak yang tidak sabar dan mahu reformasi dilaksanakan lebih awal supaya tidak ‘buta kepada fakta dan realiti’.
“PH hanya mempunyai 81 daripada 222 kerusi di Parlimen, ia perlu bekerjasama dengan rakan kongsi seperti BN (Barisan Nasional), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membina konsensus mengenai agenda reformasi.
“Kami bertuah kerana UMNO dan BN kini menjadi salah satu tonggak teras yang komited kepada pembaharuan dan sokongan ini, tetapi anda tidak boleh mengambil mudah kerana proses, rundingan, perbincangan, penglibatan adalah penting…
“Jika anda tidak mendapat kata sepakat antara pihak utama, termasuk GPS dan GRS, maka bagaimanakah anda memulakan dan menyokong program alternatif ini (seperti i-Rise)?” ujarnya.



