Tiga anggota polis didakwa terima rasuah kes dadah

ALOR SETAR – Tiga anggota polis dan seorang bekas anggota mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah membabitkan kes dadah, dua tahun lalu.

Mereka ialah Koperal Azmil Rizal Azhar, 34; Lans Koperal Ahmad Rabani Rusnizal, 29; Lans Koperal Mohamad Shukre Mohamed Rowi, 37, dan bekas koperal, Wan Mohd Nor Imran Wan Seman, 35, yang kini bekerja sebagai pemandu lori.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan bagi kes pertama, Ahmad Rabani bersama Mohamad Shukre dan Wan Mohd Nor Imran sebagai koperal dan lans koperal yang bertugas di Unit Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Merbok didakwa telah secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM20,000 daripada seorang lelaki.

Perbuatan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit kerana memiliki dadah jenis syabu di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pondok Polis Semeling dalam daerah Kuala Muda, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam, 23 Julai 2023.

Sementara bagi kes kedua, Ahmad Rabani, Mohamad Shukre dan Azmil Rizal dalam pertuduhan pertama didakwa sebagai koperal dan lans koperal dari Unit CPJ Balai Polis Merbok melakukan perbuatan dan dorongan sama dengan nilai suapan RM10,000.

Sementara pertuduhan kedua, ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama memperoleh suapan wang RM5,000 melalui pengeluaran menggunakan kad debit individu sama atas dorongan sama di sebuah kedai serbaneka di Taman Lembah Bujang Indah, Merbok antara pukul 1 hingga 1.10 pagi, 25 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Zulfadli Azharudin manakala semua tertuduh diwakili peguam, Siti Salwa Jaafar.

Hakim Priscilla membenarkan Ahmad Rabani dan Mohamad Shukre masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM16,000 dengan penjamin bagi tiga pertuduhan dihadapi.

Sementara Azmil Rizal dan Wan Mohd Nor Imran pula masing-masing dikenakan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan dihadapi. Kesemua tertuduh membayar jaminan dikenakan. Kes akan disebut semula pada 10 Julai depan.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy