Mangsa ribut Temerloh terima sumbangan kerajaan Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang mula mengagihkan bantuan kepada penduduk terjejas akibat ribut kuat di sekitar daerah Temerloh, petang semalam.

Bantuan itu disampaikan Exco Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Paya Pulai, dekat Temerloh, hari ini.

Syed Ibrahim menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, bantuan itu adalah bagi meringankan bebanan ditanggung penduduk terbabit.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang saya dan MTSP (Majlis Tindakan Sosial Pahang) Kuala Krau dan Temerloh bersama Pejabat Daerah Temerloh, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Pahang turun menyantuni mangsa di Kampung Sri Kerinau, Paya Pulai.

“Turut serta adalah wakil Yayasan Pahang, APM Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh, Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh dan Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Khairur Rizal Ramli.

Syed Ibrahim berkata, tujuan utama mereka turun padang hari ini adalah bagi memberi sumbangan awal dan melihat sendiri kesan bencana alam itu.

Katanya, sebanyak 12 kampung dan 115 rumah penduduk terjejas akibat kejadian petang semalam.

“Semoga sedikit ujian daripada Allah ini dapat memberi ketabahan dan kesabaran kepada penduduk berkenaan,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis