Nahas pelajar UPSI: Media sosial diselubungi pilu

MEDIA sosial hari ini diselubungi pilu susulan rakyat Malaysia berkongsi kesedihan tragedi menyayat hati yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan di jalan Jeli-Gerik tengah malam tadi.

Ramai yang berkongsi gambar dan video yang memaparkan suasana kemalangan di lokasi kejadian melibatkan sebuah bas ekspres dan MPV.

Lebih meruntun hati, ramai yang berkongsi video perjalanan konvoi van jenazah membawa pulang 15 jasad tidak bernyawa ke Jertih.

Sementara itu, sebanyak 19 van jenazah bergerak ke Perak untuk membantu menguruskan jenazah pelajar UPSI yang maut itu.

Pengerusi Pertubuhan Amal Komuniti Besut Terengganu, Mohd Azizul Azli Mohd Sani berkata, pihaknya menghantar enam van jenazah, manakala Tengku Harith Team Pasir Puteh, Kelantan menghantar tiga van dan sebuah lagi daripada Pertubuhan Amal Setiu.

Beliau berkata, selain itu Masjid Kampung Raja menyumbangkan dua van jenazah dan masing-masing satu van jenazah daripada Ummah Care Pasir Puteh, Kelantan; Masjid Alor Lintang, Masjid Pengkalan Nyireh, Masjid Air Terjun, Masjid Nurul Iman, Masjid Keruak, dan Pejabat Khidmat DUN Kuala Besut.

“Kami berkumpul di hadapan Masjid Hadhari, Besut kira-kira jam 9.20 pagi sebelum bergerak ke Perak diiringi polis Unit Kereta Peronda (MPV) kira-kira jam 10.10 pagi.

“Satu taklimat ringkas dilakukan untuk menerangkan sedikit perjalanan konvoi bagi melancarkan urusan perjalanan bagi membantu menguruskan jenazah mangsa kemalangan ini,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan