Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri penting – MB Johor

JOHOR BAHRU – Gandingan utuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting dalam membina asas sosio politik kukuh bagi mencapai kemajuan dan kesejahteraan setempat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebagaimana di Johor, adalah mustahil untuk negeri ini merangka pelbagai inisiatif berskala besar sekiranya tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya yakin apabila barisan Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan berganding bahu dalam semangat muafakat, segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan dan yang paling penting, manfaatnya akan terus dirasai oleh rakyat di setiap peringkat.

“Dengan semangat sinergi ini, Johor tidak bergerak bersendirian, tetapi bersama seluruh negara dalam menjulang kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, segala usaha ini adalah untuk Johor yang lebih maju dan rakyat yang lebih sejahtera,” katanya dalam video dimuat naik beliau di Facebook rasminya baru-baru ini.

Menurut Onn Hafiz, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Kerajaan Persekutuan ke Mesyuarat Khas Pembangunan Johor yang diadakan di Kota Iskandar, di sini, baru-baru ini membuka peluang untuk pihaknya mengusulkan pelbagai cadangan berkaitan pembangunan.

“Saya dan Kerajaan Johor berbesar hati menerima kehadiran pemimpin negara bersama delegasi Kerajaan Persekutuan ke negeri ini. Dalam mesyuarat tersebut, kami telah membangkitkan beberapa isu utama yang memerlukan perhatian bersama.

“Antaranya berkenaan 222 projek yang masih belum dilaksanakan sejak tahun 2016. Kelewatan ini telah menjejaskan momentum pembangunan di Negeri Johor,” katanya.

Onn Hafiz berkata, sehubungan itu, beliau telah mengarahkan barisan Exco Kerajaan Negeri untuk mengadakan sesi libat urus dan penyelarasan semula bersama pihak kementerian.

“Tujuannya adalah untuk meneliti secara terperinci setiap perkara yang dibangkitkan serta memastikan projek-projek yang tertangguh ini dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan demi kepentingan Johor, kesejahteraan rakyat, dan kemajuan negara secara keseluruhan,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM