Suami lolos, isteri ditahan, 1kg syabu dirampas

SEMPORNA – Seorang lelaki melarikan diri manakala isterinya ditahan selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira satu kilogram syabu bernilai RM34,755.50 dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sejati 2.

Serbuan dilakukan oleh Batalion 22 PGA Kunak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap aktiviti pengedaran dadah di kawasan tersebut.

“Hasil serbuan berjaya membawa kepada penemuan beberapa bungkusan plastik yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang disorokkan di antara dinding dan almari dalam rumah tersebut.

“Seorang wanita berjaya ditahan di lokasi kejadian manakala lelaki dipercayai suami suspek telah melarikan diri melalui tingkap dapur semasa serbuan dijalankan,” menurut kenyataan tersebut pada Khamis.

Ujian saringan air kencing ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif bagaimanapun kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, usaha mengesan suami suspek kini giat dilakukan pasukan risikan.

Dalam kenyataan sama, PGA Batalion 22 komited melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain bagi mengekang kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di kawasan tanggungjawab.

Related Posts

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC