Perkukuh hubungan ASEAN-China, Anwar diiktiraf pemimpin global berwibawa

HUBUNGAN erat antara Malaysia dan China yang telah menjangkau tahun ke-15 sebagai rakan dagang terbesar Malaysia kini melangkah lebih jauh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membawa negara kuasa ekonomi itu ke meja rundingan ASEAN, memperkukuh lagi kerjasama strategik rantau Asia Timur.

Ketika Malaysia memegang tampuk pengerusi ASEAN 2025, Sidang Kemuncak ASEAN yang pada asalnya dirancang bersama negara-negara Teluk (GCC) telah diperluas atas inisiatif Anwar dengan menyertakan China sebagai rakan strategik.

Geostrategis, Prof Azmi Hassan berkata, langkah ini disifatkan sebagai keputusan berani dan berpandangan jauh, yang menjadikan ASEAN sebagai blok ekonomi yang lebih bersepadu dan berdaya saing di peringkat global.

“Apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, asalnya adalah Sidang Kemuncak ASEAN dengan negara teluk GCC sahaja.

“Tapi setelah Malaysia menjadi pengerusi, Malaysia menjemput China dalam hal ini (menyertai Sidang Kemuncak ASEAN).

“Sekali gus, China dapat memberi nilai tambah dalam perkara ekonomi, bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi juga untuk ASEAN khususnya dalam aspek teknologi dan pelaburan,” beliau berkata demikian ketika dihubungi The Malaysia Press pada Ahad.

Beberapa hari lalu, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) versi 3.0 telah dimeterai semula dengan tumpuan khusus kepada pemindahan teknologi tinggi daripada China kepada negara-negara ASEAN.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian berkata, segala rundingan bagi ACFTA versi 3.0 telah dimuktamadkan dan apabila dikuatkuasakan pada masa akan datang, ia akan mewujudkan suasana kondusif bagi mendorong pembentukan pasaran yang amat besar untuk China dan ASEAN, sekali gus menyumbang kepada kestabilan perdagangan dalam senario serantau dan global.

Pada 25 Mei lalu, menteri-menteri ekonomi ASEAN juga memuktamadkan ACFTA 3.0 dan penyempurnaan naik taraf Perjanjian Barangan ASEAN (ATIGA), merupakan satu langkah penting bagi integrasi ekonomi dan pertumbuhan yang lebih utuh.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, penyertaan aktif Malaysia dalam perjanjian ini sekali lagi menegaskan komitmen negara terhadap kerjasama ekonomi pelbagai hala.

“Jadi ini menunjukkan China itu adalah rakan dagang penting bagi Malaysia dan juga ASEAN.

“Dan kita mempunyai hubungan akrab dengan China, kita tak mahu Malaysia sahaja yang menerima manfaat.

“Kita mahu manfaat ini dirasai, dinikmati oleh keseluruhan negara ASEAN. Inilah yang dilakukan oleh Malaysia selaku pengerusi untuk menarik China bersama-sama dengan ASEAN,” ujarnya.

Katanya, kepimpinan Perdana Menteri dalam mendepani cabaran geopolitik serta mengangkat potensi ASEAN ke tahap lebih tinggi telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan membuktikan negara ini bukan sahaja pemacu ekonomi serantau, malah menjadi pemain utama dalam arena ekonomi global.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian