Sabah bukan pentas provokasi jejas kestabilan, keharmonian rakyat

KOTA KINABALU – Sabah bukan tempat untuk dijadikan pentas provokasi atau eksperimen politik yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan rakyat, kata Presiden Persatuan Kebajikan Generasi Masa Hadapan Sabah (GENMAPAN), Mohd Nur Hilmie Milus.

Beliau berpendirian demikian bagi menyelar kenyataan aktivis dan artis grafik, Mohd Fahmi Reza berhubung dakwaannya tidak dibenarkan menyertai sambutan Pesta Kaamatan di Sabah baru-baru ini.

Hilmie berkata, Fahmi mempunyai rekod yang jelas, beberapa kali disiasat dan ditahan atas dakwaan menghina institusi negara, termasuk di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Fahmi juga pernah dikaitkan dengan tindakan menghina Raja Permaisuri Agong dan menyebarkan kandungan berunsur hasutan di media sosial.

“Sepatutnya beliau persoalkan mengapa kerajaan terdahulu tidak membenarkan beliau masuk ke Sabah.

“Bila diberi ruang, adakah jaminan beliau tidak akan sekali lagi membawa agenda provokasi dan menjejaskan kestabilan politik negeri ini, walaupun berselindung atas alasan ‘menyambut Kaamatan’?,” soalnya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.

Tegas Hilmie, Sabah sedang bergerak ke arah politik yang lebih matang dan stabil selain tidak memerlukan individu luar menggunakan seni atau satira untuk mencetuskan kebencian terhadap institusi dan dasar kerajaan.

“Menuntut hak negeri boleh dilakukan secara bijak dan terhormat, bukan dengan jeritan, penghinaan dan retorik kebencian yang dibungkus atas nama seni.

“Sokong suara rakyat Sabah, bukan suara sabotaj,” ujarnya.

Related Posts

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

KUCHING – Persetujuan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan meluluskan Fasa 1 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai Zon Perdagangan Bebas menandakan satu pencapaian strategik yang signifikan bagi Sarawak.   Timbalan Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia meningkat lagi bagi tempoh 21 hingga 27 Mei ini susulan pelarasan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara