NTW 2025 sasar 1 juta peserta, buka peluang latihan kemahiran secara percuma

KOTA KINABALU – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melancarkan Jelajah Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week, NTW) 2025 bagi memberi peluang latihan kemahiran percuma kepada rakyat Malaysia, dengan sasaran penyertaan seramai 1 juta orang bermula 14 Jun ini.

Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong berkata tahun ini, sasaran meningkat tiga kali ganda berbanding 300,000 peserta pada tahun lalu.

Jelasnya, Malaysia turut membuka peluang latihan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tapi semua negara ASEAN.

“Saya juga umumkan bahawa memandangkan kita merupakan pengerusi ASEAN.

“Maka, NTW Malaysia turut membuka peluang latihan kemahiran bukan sahaja untuk 1 juta rakyat Malaysia tetapi juga kepada semua warga ASEAN,” katanya ketika ditemui media selepas program Sentuhan KESUMA Bersama HRD Corp di Bawah Bayu 2025 di Pulau Gaya, di sini pada Ahad.

Menurut beliau, seramai 15,000 orang penduduk Sabah berjaya menerima latihan kemahiran percuma melalui NWT selama seminggu pada tahun lepas.

“Tahun ini, sasaran kita ingin menaikkan daripada 15,000 kepada sekurang-kurangnya 60,000 orang,” katanya.

Mengulas lanjut, penglibatan 300 orang penduduk Pulau Gaya hari ini adalah program pengenalan dan promosi NTW.

“Jadi hari ini merupakan satu program promosi dan program pengenalan di mana kita mulakan di Pulau Gaya, ada lebih kurang 300 orang penduduk Pulau Gaya di setiap peringkat umur seperti pelajar sekolah, golongan belia dan juga kaum ibu.

“Mereka menerima beberapa jenis program kemahiran dan kita nampak program kemahiran ini bukan sahaja boleh menaikkan, meningkatkan kemahiran diri.

“Tetapi juga boleh dijadikan satu peluang untuk mereka membuat bisnes seperti menjadi usahawan ataupun mendapat pekerjaan yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Steven berkesempatan melawat beberapa kesatuan sekerja di Sabah dan meninjau keadaan kumpulan atau golongan pekerja selepas penguatkuasaan Ordinan Buruh Sabah pada 1 Mei lepas.

“Saya juga ambil kesempatan semalam untuk melawat beberapa buah kesatuan sekerja contohnya, Sabah Medical Services Union (SMSU), Kesatuan pekerja-pekerja hotel, resort dan restoran Sabah dan juga Malaysian Trades Union Congress (MTUC) cawangan Sabah.

“Jadi maklum balas daripada rakan-rakan kesatuan juga memuaskan mereka telah meluahkan perasaan gembira kerana inilah yang telah diperjuangkan oleh mereka selama ini,” ujarnya.

Related Posts

Notis bubar DUN Negeri Sembilan dihantar ke SPR pada Jumaat bagi beri laluan PRN diadakan

SEREMBAN – Notis pemakluman rasmi tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah ditandangani bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Jumaat. Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP RM150,000 siap, penduduk Rumah Edwin Jalak nikmati kemudahan lebih selesa

KANOWIT – Penduduk Rumah Edwin Jalak di Nanga Nirok, Sungai Ngemah kini menikmati kemudahan lebih selesa susulan siapnya projek pembinaan anjung baharu bernilai RM150,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor, pembubaran DUN Negeri Sembilan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR

PRN Johor, pembubaran DUN Negeri Sembilan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR

Notis bubar DUN Negeri Sembilan dihantar ke SPR pada Jumaat bagi beri laluan PRN diadakan

Notis bubar DUN Negeri Sembilan dihantar ke SPR pada Jumaat bagi beri laluan PRN diadakan

Projek RTP RM150,000 siap, penduduk Rumah Edwin Jalak nikmati kemudahan lebih selesa

Projek RTP RM150,000 siap, penduduk Rumah Edwin Jalak nikmati kemudahan lebih selesa

Krisis Negeri Sembilan: Injuksi mahkamah tinggi kekalkan Raja Norazli, hentikan Sidang Khas DKU

Krisis Negeri Sembilan: Injuksi mahkamah tinggi kekalkan Raja Norazli, hentikan Sidang Khas DKU

Kerajaan teguh pertahan kedudukan Tuanku Muhriz, hormati proses perlembagaan – PM

Kerajaan teguh pertahan kedudukan Tuanku Muhriz, hormati proses perlembagaan – PM

Lebih 20,000 petak parkir tersedia di pusat bandar – DBKK

Lebih 20,000 petak parkir tersedia di pusat bandar – DBKK