JKOM bukan alat politik kepartian – KP

PASIR GUDANG – Pandangan segelintir pihak yang menganggap peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sebagai alat politik semata-mata adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata, sebagai sebuah jabatan kerajaan, fungsi JKOM adalah sama seperti mana agensi berkaitan yang lain.

“Kita hanya salah satu agensi yang turut berperanan untuk menjaga kestabilan, keharmonian dan kebersamaan sosiopolitik. Perkara ini hanya boleh dicapai kalau kita memahami fungsi sebenar jabatan ini.

“Sebagai Ketua Pengarah, saya mengambil semangat sama iaitu pendekatan kita adalah ke arah komuniti. Maka, ia sepatutnya menekankan hubungan dengan komuniti, bukan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program MADANI Rakyat: Kesiapsiagaan Bencana Komuniti yang diadakan di Dewan Muafakat Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Terdahulu, program siri kedua itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin. Ia turut dihadiri Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Masni Wakiman.

Ujar Ismail, seandainya penubuhan JKOM adalah berasaskan politik, sudah semestinya individu yang bekerja di jabatan tersebut mempunyai kepentingan dan latar belakang berkaitan hal itu.

“Kami mewakili suara kerajaan yang berkuasa pada hari ini. Maka, tanggungjawab kami adalah untuk menjaga nama baik kerajaan, bukannya nama parti.

“Malah, saya tak nafikan ada individu yang mohon untuk bekerja di sini kerana dicadang oleh sesetengah ahli politik. Namun, kita tetap menilai dan menguji mereka mengikut proses ditetapkan.

“Sekiranya mereka tidak menepati syarat lantikan walaupun mempunyai latar belakang yang baik, mereka tetap tidak dipilih.

“Sebagai contoh jawatan yang dibuka memerlukan syarat untuk seseorang itu memiliki kelayakan ijazah dalam bidang teknologi maklumat, namun pemohon yang dicadang mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan sains. Semestinya dia tidak akan terpilih walaupun disaran oleh sesetengah pihak berkepentingan,” katanya.

Related Posts

Krisis Asia Barat dijangka tingkat 20 peratus kos baja, makanan – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Krisis yang berterusan di Asia Barat dijangka memberi tekanan kepada kos pengeluaran sektor pertanian dan harga makanan negara apabila kos baja diunjurkan meningkat antara 15 hingga 20…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sahaja memperlihatkan persaingan antara parti-parti politik, malah membuka lembaran baharu dalam landskap pembangkang apabila Pas dilaporkan menggesa penyokongnya memberikan sokongan kepada calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan pengusaha bas sepanggar susut 50 peratus sejak Bas.my beroperasi

Pendapatan pengusaha bas sepanggar susut 50 peratus sejak Bas.my beroperasi

JKNS perjelas isu tular kemudahan HQE, nafi pesakit tidur di lobi kerana tunggu rawatan

JKNS perjelas isu tular kemudahan HQE, nafi pesakit tidur di lobi kerana tunggu rawatan

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya

Seorang nelayan lemas, 5 rakannya selamat bot dipukul ombak

Seorang nelayan lemas, 5 rakannya selamat bot dipukul ombak

Budak 6 tahun tertusuk paku, bomba bantu potong kayu

Budak 6 tahun tertusuk paku, bomba bantu potong kayu

Broadway terus martabat seni tari, pacu pembangunan Miri sebagai hab budaya dunia

Broadway terus martabat seni tari, pacu pembangunan Miri sebagai hab budaya dunia