Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai dibaham buaya dalam satu kejadian tragis di Jalan Dent Heaven, Kampung Tagupi, di sini, petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, mangsa ditemui ahli keluarga dan orang awam kira-kira pukul 2.00 petang.

“Siasatan awal mendapati terdapat saksi awam yang juga jiran mangsa melihat kejadian tersebut, di mana mangsa dikatakan telah ditarik oleh seekor buaya ke dalam sungai.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan serius akibat gigitan buaya di bahagian belakang badan serta kaki, “katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Jimmy, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke Balai Polis berhampiran.

Sehubungan itu, orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai atau laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Related Posts

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

TAWAU – Pelaksanaan catuan elektrik serta gangguan bekalan atau ‘blackout’ yang berlaku selama kira-kira hampir tiga jam di kawasan Semarak, di sini, memberi kesan ketara terhadap pendapatan peniaga kecil. Rata-rata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen PDP Dudong berjaya tambah 66 kantung bekalan darah hospital

SIBU – Sebanyak 66 kantung darah berjaya dikumpulkan menerusi Kempen Derma Darah 2026 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian N.52 Dudong Cawangan Sibu Jaya baru-baru ini. Kempen yang mendapat kerjasama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Bekalan bahan api mencukupi hingga Ogos, stok beras bertahan enam bulan

Bekalan bahan api mencukupi hingga Ogos, stok beras bertahan enam bulan

Kempen PDP Dudong berjaya tambah 66 kantung bekalan darah hospital

Kempen PDP Dudong berjaya tambah 66 kantung bekalan darah hospital

Haniff ajak rakyat nilai kepimpinan Anwar Ibrahim, jelas dasar Kerajaan MADANI

Haniff ajak rakyat nilai kepimpinan Anwar Ibrahim, jelas dasar Kerajaan MADANI