Kadar sewa gerai diturunkan, peniaga kecil tarik nafas lega

TELUPID – Peniaga kecil di Telupid kini boleh menarik nafas lega selepas Majlis Daerah Telupid (MDTel) mengumumkan penurunan kadar sewa bagi gerai di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum berkata, keputusan tersebut dicapai hasil perbincangan konstruktif bersama Pegawai Eksekutif MDTel dengan matlamat meringankan beban golongan peniaga kecil.

“MDTel bersetuju dan menerima cadangan kadar sewa baharu ditetapkan pada RM300 sebulan bagi Gerai Madani manakala RM150 sebulan bagi Pasar Am.

“Saya amat bersyukur kepada Tuhan dan menghargai keterbukaan pihak MDTel serta semua pihak yang terlibat dalam perkara ini.

“Semoga langkah ini memberi kelegaan kepada para peniaga kecil di Telupid,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Terdahulu, pada 23 April lalu, beliau telah melakukan lawatan mengejut ke Pasar Am dan Gerai Madani di Tamu Pekan Telupid untuk meninjau sendiri keadaan serta mendengar keluhan para peniaga tempatan.

Jonnybone turut menyeru masyarakat setempat agar terus memberi sokongan kepada MDTel yang kini masih berada dalam fasa awal penubuhannya.

“Sebagai sebuah institusi baharu, MDTel masih banyak ruang untuk diperbaiki dan diperkukuhkan.

“Ia memerlukan sokongan kewangan serta kerjasama semua pihak agar dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik buat masyarakat setempat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mendokong usaha pembangunan Telupid dengan semangat saling memahami, bekerjasama dan menyumbang dalam pelbagai bentuk yang mampu.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu