KKDW komited segerakan 403 projek pembangunan di Sarawak

KUCHING – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menegaskan komitmen untuk mempercepat pelaksanaan 403 projek pembangunan luar bandar di Sarawak demi memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Khas Pelaksanaan Program dan Projek Pembangunan yang berlangsung hari ini adalah susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan kerja beliau ke Kuching pada 19 April lalu.

“Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan projek KKDW di Sarawak supaya rakyat negeri ini tidak terpinggir daripada menikmati kemudahan asas yang setara dengan negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM3.2 bilion melibatkan 403 projek pembangunan dengan nilai keseluruhan RM21.73 bilion.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 178 projek atau 44.71 peratus masih berada di peringkat prapelaksanaan, melibatkan 155 projek yang telah diluluskan antara tahun 2021 hingga 2025.

“Sebanyak 91 projek daripada senarai pra-pelaksanaan akan dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) selewat-lewatnya penghujung tahun 2025,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut menyatakan kebimbangan terhadap lima projek yang dilaporkan lewat (sakit) berikutan isu tapak termasuk permit, pengambilan tanah dan pertindihan jajaran paip. Faktor cuaca turut menjadi punca kelewatan.

Beliau turut menyentuh insiden tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri pada 29 Januari lalu yang menjejaskan 14 rumah dan melibatkan 277 mangsa.

“Tragedi ini bukan sahaja menguji ketabahan penduduk, malah menuntut tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak,” ujarnya.

Menurutnya, KKDW terus komited menyediakan kemudahan infrastruktur asas seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) serta kemudahan sosial lain.

“Platform seperti mesyuarat ini akan dijadikan medan strategik untuk memantau status pelaksanaan projek, menyelesaikan isu berbangkit dan mengukuhkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Beliau menegaskan pendekatan ini selari dengan nilai-nilai MADANI yang menekankan kesejahteraan, keterangkuman dan ketelusan dalam pentadbiran.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA