Rumah Mesra SMJ inisiatif terbaik kerajaan Sabah bantu rakyat

KALABAKAN – Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan kerajaan Sabah pada September 2022 dilihat dapat membantu rakyat yang sangat memerlukan kediaman.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Mohamad Jalani Chachu berkata, kediaman mampu milik ini merupakan inisiatif kerajaan negeri yang terbaik dan perlu diteruskan.

“Setiap tahun diperuntukkan 20 buah rumah bagi setiap DUN dan sehingga kini 40 Rumah Mesra SMJ DUN Merotai selesai dibangunkan dan telah didiami.

“Bagi permohonan tahun ini, rumah masih dalam proses pembinaan dan akan diserahkan kepada penerima setelah siap sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Jailani, penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ itu membabitkan penerima Ketua Isi Rumah (KIR) antaranya dari Kampung Merotai Besar, Gudang 4, Sri Bombalai, Hj Matahir dan Kg Pangkalan Asli Merotai.

Tambahnya, UPPM Merotai menerima banyak permohonan Rumah Mesra SMJ namun kelulusan diberikan kepada yang tersenarai dalam kategori e-Kasih dan warganegara selain mereka turut turun padang ke rumah pemohon untuk penilaian.

“Selama ini kita cuma ada PPRT dan itu terhad. Sekiranya Kerajaan Negeri Sabah kekal, sudah tentu pembinaan jumlah rumah ini akan bertambah dan memanfaatkan lebih ramai rakyat,” katanya.

Program Rumah Mesra SMJ yang diperkenalkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor itu memperuntukkan RM80,000 bagi rumah tidak bertiang manakala RM85,000 untuk kediaman bertiang.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar