Kenaikan gaji penjawat awam berdasarkan prestasi – Fahmi

KUCHING – Kenaikan gaji penjawat awam adalah berdasarkan prestasi, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Difahamkan, jelas Fahmi, kenaikan sehingga 15 peratus hingga 47.5 peratus itu hanya penjawat awam melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Mereka yang mempunyai masalah dan tidak melaksanakan tugas tidak akan menerima kenaikan gaji,” kata Fahmi sambil menjelaskan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 berdasarkan prestasi dan tidak secara automatik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi Tahun 2023, Kuching, pada Khamis.

Sementara itu, Fahmi turut menyampaikan 80 penerima APC bagi mengiktirafkan kualiti kerja dan melaksanakan amanah yang diberikan.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Julina Johan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas, Datin Rozita Waty Ridzuan.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun