Idea Rafizi kekal relevan walau tiada dalam Kabinet – Nurul Izzah

TIMBALAN Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai tokoh yang berani dan tidak pernah gentar berdepan dengan kuasa, susulan pengumuman Rafizi untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun ini.

Menurut Nurul Izzah, Rafizi sentiasa tegas menyuarakan kebenaran dan memperkenalkan dasar-dasar yang membawa perubahan besar dalam wacana negara, khususnya dalam aspek tadbir urus, ketelusan, dan keadilan ekonomi.

“Beliau telah memperkenalkan gagasan dan dasar yang mengubah wacana kita, khususnya tadbir urus, ketelusan, dan keadilan ekonomi. Saya menghormatinya.

“Banyak idea beliau, yang tidak akan dilupakan, malah akan diteruskan, diperhalusi dan dilaksana, bukan kerana ia datang daripada beliau atau saya, tetapi kerana ia adalah apa yang tepat untuk Malaysia,” katanya di Facebook pada Rabu.

Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan ini kurang sejam selepas pengumuman peletakan jawatan Rafizi.

Walaupun tidak lagi berada dalam kerajaan, Nurul Izzah yakin Rafizi akan terus menjadi sumber kekuatan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Negara memerlukan idea dan langkah yang berani, dan saya percaya beliau masih mempunyai banyak sumbangan untuk diberi.

“Namun, ke mana pun arah perjalanan beliau selepas ini, saya yakin beliau akan terus membentuk masa depan negara ini dengan cara yang bermakna,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menegaskan komitmennya untuk memperkukuh PKR.
Beliau berkata, parti akan memperkenalkan latihan wajib kepada semua pemimpin di semua peringkat, merangkumi pengetahuan tentang undang-undang berkaitan pengubahan wang haram, rasuah, dan pematuhan cukai.

“Sebagai langkah awal, fokus kami terarah kepada memperkenalkan latihan wajib, khusus kepada semua pemimpin parti, di peringkat pusat, negeri dan cabang tentang undang-undang berkaitan pengubahan wang haram (AMLA), rasuah dan pematuhan cukai. Kerana tadbir urus yang baik seharusnya dibina atas asas prinsip dan ilmu yang kukuh.

“Ini penting untuk mengelakkan usaha membudayakan politik wang dan salah laku, serta memastikan semua pimpinan memahami tanggungjawab dan memelihara integriti mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, PKR perlu menjadi contoh dalam perjuangan membawa perubahan, selari dengan nilai dan prinsip yang telah lama dipegang.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan pengunduran daripada Kabinet atas alasan beliau tidak lagi mempunyai mandat untuk melaksanakan reformasi setelah tewas kepada Nurul Izzah dalam pemilihan parti.

Related Posts

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan identiti rasmi pejabat berkenaan. PMO dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

PETALING JAYA – Subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada pesawah melalui MyKad seperti meka­nisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih berkesan dalam aspek tadbir urus agihan bantuan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah