BN sedia bincang dengan semua parti untuk PRN Sabah

MELAKA – Barisan Nasional (BN) mempraktikkan keterbukaan untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan mana-mana parti di Sabah bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini perbincangan awal antara BN dan PH mengenai pengagihan kerusi telah bermula, namun sebarang keputusan akan dimuktamadkan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menurutnya, BN juga akan berunding dengan parti tempatan bagi mengelakkan pertindihan kerusi dalam PRN itu.

Katanya, rundingan termasuk membincangkan 14 kerusi pernah BN menangi sebelum ini walaupun penyandang kerusi itu melompat parti.

“Kita tetap anggap kerusi itu sebagai kerusi BN. Kita juga sedang meneliti kebolehmenangan kerusi dalam kategori ‘tier’ dua.

“Kita memang hormati kerjasama antara BN dan PH, PH telah kenal pasti kerusi yang ingin ditandingi dan setelah BN selesai mengenal pasti kerusi-kerusi, barulah rundingan bersama dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden baharu PKR, Nurul Izzah Anwar yang menuntut 13 kerusi dalam PRN Sabah kali ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengulangi bahawa pihaknya terbuka untuk berunding dengan sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan komponen PH dan parti tempatan di Sabah.

“Penting bagi memastikan penyusunan strategi yang mantap dan pengagihan kerusi yang adil antara parti.

“Ini demi memastikan kemenangan gabungan dalam PRN akan datang,” katanya lagi.

Related Posts

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini, membabitkan semua kategori pengundi yang layak. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar