‘Naik turun pemimpin adat demokrasi’

JOHOR BAHRU – Individu yang tewas dalam Pemilihan PKR kali ini diminta untuk berlapang dada dan memahami amalan demokrasi bagi sesebuah pertandingan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun tidak berjaya memperoleh sesuatu jawatan, namun ukhuwah dalam sesebuah kumpulan harus dipegang teguh bagi mengelakkan perpecahan.

“Contohnya, dalam jamaah ini kita tahu ia mewakili pelbagai sosok, pelbagai ragam, rencam. Tapi bila dalam jamaah, mesti ada sesuatu tekad untuk bersama.

“Mesti ada satu wadah, bentuk pemikiran yang sama dan bentuk amal yang sama. Walaupun berbeza dalam lingkungan, tapi kemudian harus bersama. Ini bagi saya sangat penting untuk menjadikan badan itu satu kesatuan, terutama badan macam PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar, serta barisan kepimpinan parti.

Menurut beliau, jatuh bangun seorang pemimpin itu sebenarnya memberikan pengalaman serta pembelajaran baharu yang semestinya bukan bermaksud individu itu tidak dihargai.

“Kita juga jangan lupa untuk menyatakan penghargaan dan merangkul kekuatan, termasuk orang seperti Rafizi dan Nik Nazmi yang telah memberi sumbangan yang lama kepada parti.

“Ramai pimpinan yang dari atas turun ke bawah. Seperti Saifuddin, sekali atas, sekali
di bawah, sekali di atas balik, sekali di bawah. Sebenarnya perkara itu bagi juga sebab beliau punyai kedua-dua pengalaman,” katanya.

Menafikan bahawa wujudnya amalan nepotisme dalam parti selepas kemenangan anaknya, Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden, Anwar berkata, keputusan itu merupakan undian secara demokrasi oleh ahli PKR sendiri.

“Ya, Azizah saya pilih pada masa itu, saya terpaksa buat keputusan segera ketika itu, namun Nurul Izzah saudara-saudari yang pilih (jawatan timbalan presiden),” katanya.

Related Posts

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

SHAH ALAM – Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada teknologi yang dibangunkan negara lain, sebaliknya perlu berusaha mencipta, memiliki dan menguasai teknologi sendiri bagi memastikan daya saing negara terus kukuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

KUALA LUMPUR – Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam itu bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia adalah tuduhan serius dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi