Tiada ‘talian hayat’ kedua untuk Kedah, Perak sertai Liga Super

KEDAH Darul Aman FC dan Perak FC tidak akan diberi peluang kedua untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim depan walaupun jika mereka berjaya melunaskan tunggakan gaji serta menyelesaikan isu hutang pasukan.

Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kegagalan kedua-dua pasukan memenuhi syarat pelesenan yang telah ditetapkan.

“Kedua-dua pasukan telah gagal memenuhi syarat lesen. Liga Super juga sudah ada pasukan pengganti mereka iaitu Imigresen FC dan Melaka FC.

“Ia satu proses biasa, kalau dah gagal tu kena tengok balik pasukan. Memang tiada talian hayat lain kerana sudah tamat tempoh permohonan lesen.

“Kita sudah putuskan dalam mesyuarat dan jika mereka mahu beraksi dalam Liga A1 akan diputuskan kemudian,” katanya.

Pada Khamis, MFL mengumumkan dua pasukan gergasi Liga Malaysia iaitu Kedah dan Perak terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super selepas gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Ketetapan itu diputuskan Badan bebas First Instance Body (FIB) selepas kelab tersebut gagal memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR).

Bagi memastikan kelab diberikan lesen, mereka perlu dinilai dan mematuhi enam kriteria utama seperti yang dinyatakan dalam MFL CLR iaitu Sukan, Infrastruktur, Personel dan Pentadbiran, Perundangan, Kewangan, dan Perniagaan.

Related Posts

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PARIS Saint-Germain (PSG) meneruskan penguasaan di pentas Eropah apabila menewaskan Aston Villa 2-1 untuk mempertahankan Piala Super di Salzburg, Austria, awal pagi tadi. Gol Khvicha Kvaratskhelia dan Desire Doue memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam