Malaysia terus pelihara ‘ekonomi biru’ demi kelestarian alam sekitar – Khaled

LANGKAWI – Malaysia akan terus memelihara ‘ekonomi biru’ dengan menekankan pengurusan lestari.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, eksploitasi berlebihan, perubahan iklim dan pencemaran akan mengancam ekosistem marin serta visi kemakmuran jangka panjang negara.

Kata beliau, Malaysia akan kekal komited terhadap pendekatan ‘ekonomi biru’ iaitu memastikan aktiviti ekonomi di lautan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.

“Komitmen ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 14 iaitu kehidupan di bawah air dan menyokong aspirasi kita membangunkan ekonomi berasaskan lautan yang berdaya tahan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Persidangan Maritim Malaysia (MMC)

Persidangan tersebut diadakan bersempena dengan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung sejak semalam hingga Sabtu ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Mohamed Khaled berkata, kerajaan akan terus meningkatkan penyelarasan antara agensi, memperluaskan kesedaran domain maritim dan memupuk sinergi lebih erat antara institusi kerajaan, pihak swasta serta rakan serantau.

“Ini akan dilakukan sama ada menerusi projek tenaga boleh diperbaharui luar pesisir, perikanan mampan, mahupun penemuan dalam bioteknologi marin.

“Usaha kita akan tertumpu kepada menjamin kemakmuran jangka panjang sambil memelihara kesihatan laut kita,” jelasnya.

Related Posts

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas