Bantuan asas ke Gaza tidak memadai – Starmer

PERDANA Menteri Britain, Sir Keir Rodney Starmer menyatakan bahawa tahap penderitaan kanak-kanak tidak berdosa yang dibom adalah amat menyeksakan sambil menegaskan bahawa dunia tidak boleh membiarkan rakyat Gaza kelaparan, pada Selasa.

“Situasi di Gaza amat mengerikan di mana penderitaan kanak-kanak tidak berdosa yang sekali lagi menjadi mangsa pengeboman adalah amat menyeksakan,” kata Keir Starmer di Dewan Rakyat semasa menyampaikan ucapan mengenai perjanjian penetapan semula negara itu dengan kesatuan Eropah (EU).

Beliau turut menegaskan penolakan UK terhadap sebarang penempatan haram di Tebing Barat sambil menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

“Saya ingin merakamkan secara rasmi hari ini bahawa kami amat terkejut dengan peningkatan serangan oleh Israel,” tambahnya, lapor Anadolu.

“Bagi pengumuman terbaharu oleh kerajaan Israel bahawa mereka hanya akan membenarkan bantuan asas ke Gaza sebenarnya adalah langkah yang tidak memadai serta tidak mencukupi.

“Kita tidak boleh membiarkan rakyat Gaza kelaparan,” tegas Starmer.

Menolak seruan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel telah melancarkan serangan kejam berterusan ke atas Gaza sejak Oktober 2023, yang telah membunuh hampir 53,500 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Related Posts

Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai. Dalam sesi taklimat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

KAZAN – Malaysia menyambut positif memorandum persefahaman (MoU) perjanjian damai yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, dengan harapan ia dapat membuka lembaran baharu ke arah keamanan dan kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos