MyKiosk: KPKT sedia disiasat, Azam Baki dijemput datang

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming sedia disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu berhubung ketelusan harga projek MyKiosk yang mencetuskan perdebatan.

Menurutnya, kementerian itu tidak akan berdiam diri terhadap dakwaan tidak berasas dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

“Kita terbuka untuk disiasat. Saya jemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) datang ke pejabat minum teh.

“Malah, saya telah arahkan pegawai KPKT untuk mengesan TikToker dan individu yang menyebarkan berita palsu,” katanya.

Kor Ming berkata demikian dalam sidang media Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Media 2025, di Putrajaya, hari ini.

Kor Ming menjelaskan, projek MyKiosk telah dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi mencalar imej Kerajaan MADANI dan mendakwa tindakan itu bertujuan memberi laluan kepada MCA untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Saya nampak ada usaha untuk jatuhkan imej kerajaan. MCA sepatutnya sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu membantu kerajaan, bukan sebaliknya,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa projek MyKiosk diberikan kepada kroni, Kor Ming menegaskan, adalah tidak masuk akal untuk mengatakan 795 kontraktor terlibat merupakan kroninya.

Tegasnya, negeri Johor menerima bilangan kios tertinggi, malah ahli majlis di negeri itu juga terdiri daripada wakil MCA.

“Kalau Johor dapat paling banyak, MCA yang kendalikan tender dan terima anugerah, mengapa mereka pula yang marah?

“Kalau bodoh tidak mengapa, tapi jangan bodoh sombong,” katanya.

Related Posts

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu dalam menangani isu Gaza dan perkembangan semasa yang melibatkan Iran.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KOPEKS perluas peranan dalam pelbagai sektor, bantu tingkat akses kesihatan rakyat

KOPEKS perluas peranan dalam pelbagai sektor, bantu tingkat akses kesihatan rakyat

Mukah jadi tuan rumah Program Bakti Belia MADANI 2026

Mukah jadi tuan rumah Program Bakti Belia MADANI 2026

Polis tahan ejen loteri awam haram di Roban

Polis tahan ejen loteri awam haram di Roban

Keperluan naik taraf kompleks, kemudahan sukan diteliti – Nizam

Keperluan naik taraf kompleks, kemudahan sukan diteliti – Nizam

STPM 2025: Fokus kelas, aktif bersukan rahsia Danish Akhtar raih 4.00

STPM 2025: Fokus kelas, aktif bersukan rahsia Danish Akhtar raih 4.00

STPM 2025: PNGK Sarawak meningkat 2.75, 115 pelajar raih 4.00

STPM 2025: PNGK Sarawak meningkat 2.75, 115 pelajar raih 4.00