Murid Orang Asli di Nenggiri terima bantuan Yayasan Pelajaran Mara

GUA MUSANG – Hampir RM300,000 bantuan disalurkan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) kepada golongan pelajar yang memerlukan di Kelantan sejak Januari sehingga Julai lalu.

Pengerusi YPM, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, bantuan itu turut dinikmati murid-murid Orang Asli di kawasan pedalaman Gua Musang.

“YPM memberikan bantuan meluas bukan sahaja di daerah ini malah di seluruh Kelantan, seramai 2,314 pelajar Bumiputera sudah menerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM275,675 bermula Januari sehingga Julai.

“Bagi kawasan pedalaman Orang Asli sebanyak RM18,900 sudah diperuntukkan membabitkan masing-masing 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dan 46 murid SK Pulat,” katanya pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) YPM di sini, hari ini.

Ismail berkata, program CSR dilaksanakan khusus kepada pelajar Bumiputera B40 dan asnaf di daerah ini.

Katanya, ia termasuk Program Semai Kasih Komuniti Orang Asli yang bertujuan menyuntik motivasi dan seterusnya meningkatkan taraf pendidikan dan sosioekonomi penduduk Orang Asli yang terlibat.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut