SOP REE: Tuduhan MB Kedah fitnah, tidak berasas

PUTRAJAYA – Tuduhan Kerajaan MADANI seolah-olah melengahkan pengeluaran prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan unsur nadir bumi (REE) demi menghalang kemajuan negeri-negeri pentadbiran Perikatan Nasional (PN) adalah fitnah dan tidak berasas.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, SOP Perlombongan REE di Malaysia telah disediakan dan diedarkan kepada semua kerajaan negeri melalui surat bertarikh 20 Disember 2023.

Katanya, dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya SOP bagi eksplorasi REE masih belum disediakan dilihat tidak bertepatan berikutan aktiviti eksplorasi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sebagai contoh, di Kedah, ia telah termaktub dalam Enakmen Mineral Kedah 2004 melalui Lesen Mencari Gali dan Lesen Menjelajah. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dibangkitkan seakan-akan tiada garis panduan yang wujud

“SOP (perlombongan REE) merangkumi panduan lengkap dari sudut teknikal, pematuhan alam sekitar, pemulihan kawasan lombong serta kawal selia pengeksportan.

“SOP yang dimaksudkan adalah dokumen rujukan menyeluruh berasaskan perundangan sedia ada. Ia telah disusun untuk membolehkan kerajaan negeri menyesuaikan pelaksanaannya mengikut undang-undang negeri masing-masing.

“Sehubungan dengan itu, sebarang kelewatan atau kekangan pada peringkat negeri tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu Kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Muhammad Sanusi yang mengatakan seolah-olah berlaku kelewatan disengajakan oleh Kerajaan Persekutuan, dalam mengeluarkan SOP bagi perlombongan REE, dengan niat menghalang kemajuan negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional (SG4).

Muhammad Sanusi berkata, sumber REE merupakan antara pencapaian besar yang dimiliki negeri SG4, namun ia tidak boleh diiktiraf sebagai sumber pendapatan selagi belum diusahasilkan.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi memaklumkan kerajaan negeri Kedah masih menunggu SOP bagi eksplorasi REE kerana tiada dokumen rasmi berkaitan penerokaan industri REE dikeluarkan oleh pihak kementerian setakat ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, kerajaan persekutuan sentiasa komited memastikan pembangunan sektor mineral dijalankan secara bertanggungjawab dan lestari.

Katanya, ia bukan sahaja demi kemajuan ekonomi malah untuk kesejahteraan generasi akan datang tanpa mengira negeri yang ditadbir oleh mana-mana parti.

“Aktiviti eksplorasi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri termasuk Kedah yang termaktub Enakmen Mineral Kedah 2004 melalui Lesen Mencari Gali dan Lesen Menjelajah. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dibangkitkan seakan-akan tiada garis panduan yang wujud

“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan bahawa sebarang aktiviti perlombongan REE adalah dilarang di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan kawasan rizab perlindungan.

“Bagaimanapun, aktiviti di kawasan lain masih boleh diteruskan, tertakluk kepada pematuhan dasar, akta dan garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi menegaskan, tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan sengaja melambatkan pembangunan negeri adalah satu tohmahan yang tidak tepat.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited memastikan pembangunan sektor mineral dijalankan secara bertanggungjawab dan lestari, bukan sahaja demi kemajuan ekonomi tetapi juga demi kesejahteraan generasi akan datang tanpa mengira mana-mana negeri.

“Amat penting semua pihak, termasuk pemimpin negeri berpegang kepada fakta dan tidak menjadikan dasar sumber asli sebagai alat polemik politik. Rakyat lebih memerlukan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mencapai kemajuan yang sebenar,” katanya.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran