TYT puji hala tuju Sarawak, seru percepat tuntutan MA63

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji kepemimpinan Kerajaan Sarawak yang berjaya membawa negeri ini ke arah pembangunan inklusif dan berdaya saing dalam pelbagai sektor strategik.

Berucap semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 hari ini, beliau menyatakan keyakinan terhadap dasar progresif yang diterajui Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg terutamanya dalam bidang tenaga hijau, pendidikan, pelaburan serta pembangunan infrastruktur.

“Saya amat bersukacita dengan usaha Premier Sarawak yang menerajui pelbagai inisiatif baharu, termasuk menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa dan tenaga hijau serantau,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan pelantikan PETROS sebagai pengedar gas tunggal di Sarawak, yang menurutnya selaras dengan Ordinan Pengedaran Gas 2016 dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa sama, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan penyelesaian tuntutan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Persekutuan dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Saya yakin hubungan baik yang sedia terjalin akan menjamin hak-hak Sarawak terus dihormati dan dilaksanakan seperti termaktub dalam undang-undang,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak bermula tahun hadapan, serta pelaksanaan bantuan kebajikan seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup.

Beliau juga memuji pembangunan infrastruktur luar bandar seperti Jambatan Marudi, Muara Lassa dan Batang Rajang yang menurutnya berjaya meningkatkan mobiliti dan peluang ekonomi rakyat di kawasan pedalaman.

“Saya menyeru semua pihak untuk terus memelihara perpaduan dan kestabilan politik demi menjamin kemakmuran negeri menjelang 2030,” katanya.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

KUCHING – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak tampil menjelaskan pendirian berhubung isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dengan menzahirkan penghargaan penuh terhadap komitmen kerajaan Sarawak. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua penambahbaikan subsidi diesel diumum, 4,146 stesen minyak sedia laksana BUDI MADANI

KUCHING – Kerajaan mengumumkan dua penambahbaikan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel termasuk peluasan penyaluran kepada peniaga kecil, selain memaklumkan kesiapsiagaan 4,146 stesen minyak di seluruh negara.   Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

Rakyat mahu Anwar terus terajui negara, kekal jadi PM selepas PRU16

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

DAPSY perjelas isu Pelabuhan Bintulu, hargai usaha keras kerajaan Sarawak

Dua penambahbaikan subsidi diesel diumum, 4,146 stesen minyak sedia laksana BUDI MADANI

Dua penambahbaikan subsidi diesel diumum, 4,146 stesen minyak sedia laksana BUDI MADANI

HBH disambut baik, uji kecekapan perkhidmatan awam

HBH disambut baik, uji kecekapan perkhidmatan awam

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan pelancong global

Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan  pelancong global