Ops Samseng Jalanan: Polis sita 3 motosikal, keluarkan 12 saman

LAHAD DATU – Sebanyak tiga motosikal disita dan 12 saman dikeluarkan Polis Lahad Datu atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Operasi Samseng Jalanan di beberapa kawasan sekitar daerah ini, sejak Sabtu hingga awal pagi Ahad.

Polis Daerah Lahad Datu dalam satu perkongsian di Facebook berkata, operasi itu menyasarkan kawasan panas antaranya Jalan Pan Borneo, Bandar Fajar, Bandar Sri Perdana dan Jalan Lapangan Terbang.

Operasi seawal pukul 9.00 malam hingga 4.45 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD).

“Seramai 42 individu diperiksa, 30 buah kenderaan dan 15 advokasi keselamatan jalan raya dijalankan kepada pengguna.

“12 saman kemudian dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, langgar lampu isyarat merah.

“Tiga buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata kenyataan itu, pada Ahad.

Dalam pada itu, Polis Lahad Datu komited memerangi aktiviti samseng jalanan yang menganggu gugat keselamatan pengguna lain.

Justeru, polis Lahad Datu menyeru orang awam agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya termasuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan kepada pihak berkuasa.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April