137 bakal jemaah haji Sabah berlepas ke KLIA  melalui inisiatif ‘Makkah Route’

KOTA KINABALU – Seramai 137 bakal jemaah haji dari Sabah berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai sebahagian daripada persiapan mereka untuk menunaikan ibadah haji melalui inisiatif ‘Makkah Route’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ‘Makkah Route’ ini merupakan tahun yang keenam dilaksanakan yang mempunyai keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia.

“Sebelum inisiatif ini diperkenalkan jemaah haji Malaysia perlu melalui prosedur imigresen yang panjang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah atau Lapangan Terbang Madinah. 

“Proses ini kadangkala mengambil masa sehingga empat hingga lima jam.

“Bakal jemaah haji akan melalui satu ruang dan kawasan imigresen Arab Saudi maknanya ada bangunan yang sama seolah-olahnya tuan-tuan dan puan-puan telah sampai di Arab Saudi tapi masih lagi di Malaysia.

“Hanya perlu melalui pemeriksaan imigresen Arab Saudi di KLIA sebelum berlepas,” katanya ketika berucap dalam Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Negeri Sabah, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, pihaknya menasihati para tetamu Allah yang terpilih pada tahun ini untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di samping mematuhi saranan daripada pihak Tabung Haji (TH) dan segala peraturan pihak kerajaan Arab Saudi demi kesejahteraan para jemaah.

“Bakal jemaah haji negeri Sabah perlu mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang kerajaan Arab Saudi dengan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang tuan rumah. 

“Ikuti segala arahan TH dan fokus kepada ibadat untuk mencapai haji mabrur,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi musim haji tahun ini Sabah mencatatkan keseluruhan jemaah seramai 962 orang di mana 395 orang terdiri daripada jemaah lelaki dan 567 orang adalah jemaah wanita.

Related Posts

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang memperluas perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dengan keutamaan diberikan kepada pekerja rentas sempadan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.99 seliter walaupun berdepan tekanan pelbagai pihak yang menggesa pelarasan dibuat demi kedudukan fiskal negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia